Sabtu, Ogos 06, 2011

BiaRkaN SaJa KeCeWa Itu BeRLaLu......

Biarkan Saja Kecewa Itu Berlalu





Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah.. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai, itulah yang sukar diperolehi

Selalu kita bertanya pada hati kita, mengapa masih ada air mata ini mengalir walau tika kita melepaskan cinta itu berlali pergi dengan hati yang rela.. Dan kita memandang sayu pada bayang yang berlalu, dengan hati yang berat.. Menangisi keseorangan dalam dalam menjejak perginya wajah yang pernah membuatkan kita bahagia.. Sedangkan kita ikhlas melepaskan cinta itu berlalu namun mengapa mesti ada lagi air mata yang mengalir tanpa ada belas?

Dan kadang kita merintih sayu.. Mengenang kembali wajah bahagia yang pernah bertemu.. Mengapa masih ada rindu tika tiada lagi kembali waktu itu.. Dan masih lagi merasakan dalam yang amat pada kenangan yang mengusik jiwa.. Walau kita tahu, masa yang dulu takkan waktu berputar.. Mengapa masih ada bayang semalam tika wajah dia sudah tiada lagi di sisi?

Kita kadang selalu saja asyik dengan melayani perasaan saban hari.. Seolah itu saja yang di minda tanpa memikirkan hal lebih penting dari soal hati.. Lemah kita dalam menghadapi hari mendatang dan berkejaran mencari cinta yang seolah difikirkan sudah hilang..

Kita selalu terlupa bahawa cinta sesama manusia kadang boleh merosakkan jiwa kita.. Membuatkan kita tiada semangat akan diri sepatutnya kita kuat dan tabah meniti perjalanan hidup ini.. Mana perginya satu azam yang kuat dulu.. Mana perginya anak keluarga ini yang dulunya berjanji mahu berjaya dalam hidup..

Dan kenangan itu selalu datang dan sering mengusik jiwa, pada masa kesunyian atau di kala sepi yang panjang.. Kenangan sering dikaitkan pengalaman yang manis atau kenangan yang tidak dapat dilupakan.. Kenangan akan terus mekar untuk diingati dan amat susah untuk di lupa..

Buat seseorang yang kamu masih mencintai dan menaruh harapan, kamu pasti akan selalu mengingat setiap kejadian yang kamu lalui bersama dia, dan saat itu, mata kamu pasti berkaca. kerana saat bersama dia itu tidak biasa berulang selalu.. Dan kerana setiap saat berlalu bersama si dia adalah saat yang amat berharga..

Dan jika telah ditakdirkan menjadi hak kita, sudah tentunya kita akan perolehi.. Apa yang kita paham tentang takdir dan ketentuanNya.. Siapalah kita untuk terus mengeluh dan menidakkan kebenaran yang telah ditentukanNya.. Kita cumalah hamba Allah yang mana wajib mempercayai dan menerima Rukun Iman..

Kadang kita selalu dengan khayalan diri kita dan masih mengharap cinta itu milik kita.. Sedangkan suratan telah nyata dan masih lagi kita tidak dapat menerima kenyataan itu.. Hakikatnya kita telah berpisah atau mungkin cinta itu sudah pudar.. Tapi kerana sombong akan diri atau tidak dapat menerima kenyataan, dan kita selalu saja menceriakan diri kita satu perbohongan yang nyata.. Menanti dan menunggu cinta yang tidak pasti..

Itulah kita, selalu tertewas dengan bisikkan halus menyedapkan hati kita.. Membuatkan kita terus di dalam asyik yang panjang..

Sedarlah dan kembalilah ke alam nyata.. Cinta itu bukan milik kita lagi.. Cukup sudah merindu dan meratapi perginya rasa itu yang kita rasakan cinta.. Sebenarnya itu bukan lagi cinta sejati.. Tidak melepaskan apa yang bukan lagi milik kita.. Sedangkan masa yang berlalu tidak akan menunggu kita.. Sesungguhnya kita dalam rugi yang nyata, membazirkan perasaan dan masa hanya kerana masih lagi tidak menerima hakikat..

Jangan di harapkan satu mimpi indah menjadi nyata jika masih lagi di dalam lena yang


Copy paste INI BLOG JIWA JIWA

Jumaat, Ogos 05, 2011

28 February 2011
Home » SURAH DAN DOA » SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.
SURAH TAHA (AYAT 1- 5) PELEMBUT HATI DAN PENDINDING DIRI.





Surah Taha adalah surah yang ke 20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembut hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas dan degil untuk beribadat kepada Allah SWT. Boleh diamalkan sebagai ayat pendinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk Agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk agama Islam pada hari itu juga dihadapan Nabi Muhammad SAW. 

Beliau seorang yang berani semasa kafir dan bertambah berani sesudah beriman. Sifat berani dan garang sehingga iblis atau syaitan pun tidak berani melintas dihadapan beliau lari lintang pukang jika bersua dengan Saidina Umar, inikan pula kita yang lemah semangat.

Semasa Nabi Muhammad s.a.w. mula menyebarkan Islam secara terang-terangan, Saidina Umar mempertahankan ajaran tradisi masyarakat Quraisy. Saidina Umar ialah antara orang yang paling kuat menentang Islam pada masa itu.

Menurut ahli sejarah Islam, semasa Saidina Umar dalam perjalanan untuk membunuh Rasulullah s.a.w., beliau bertembung dengan seseorang yang mengatakan bahawa beliau haruslah membunuh adik perempuannya dahulu memandangkan adiknya telah memeluk Islam.

Saidina Umar pergi ke rumah adiknya dan mendapati adiknya sedang membaca Al-Quran. Dalam keadaan yang marah dan kecewa beliau memukul adiknya. Apabila melihat adiknya berdarah, beliau meminta maaf dan sebagai balasan beliau akan membaca secebis ayat Al Quran kepada adiknya. Beliau berasa terharu apabila membaca dan mendengar ayat-ayat Al Quran yang begitu indah sehinggakan beliau memeluk Islam pada hari itu juga. Itulah kelebihan Surah Taha yang dibaca oleh beliau.

Selepas peristiwa terbabit, beliau berjanji akan melindungi Islam sehingga ke titisan darah terakhir. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.

Sebuah hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah SAW berkata:
"Apabila Umar memeluk Islam, Jibril pun datang dan berkata: "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"

Jawab Rasulullah SAW: "Benar"

Aku berkata lagi: "Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFIR Quraisy melihat ke arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq! 

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di BaitulLah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut kepada Umar.



Terjemahan Ayat 1 - 5 (Surah Taha).
Taa. Haa.
Kami tidak menurunkan A-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
Al-Quran diturunkan dari tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
Ia-itu Allah Ar-Rahmaan,yang bersemayam diatas 'Arasy.
Bacaan Untuk Anak/Suami Yang Degil Yang Tak Mahu Solat
Baca doa ini 3 x dan dihembuskan semasa anak/suami anda sedang tidur pada hidungnya semasa ia sedang menarik nafas masuk. Lakukan sekurang-kurangnya 7 malam semasa anak /suami sedang tidur nyenyak. InsyaAllah...

Rabu, Julai 20, 2011

Bukan main lagi....

Yang bagus adalah berapa bagus dan rasa bagus itu betul-betul sebab kita memang bagus.Alangkah bagusnya.
Moga-moga menjadi ibu dan ayah yang dosayangi dan tidak didoakan pergi.
Kahwin lari selalunya tak membahagiskan sebab ia memang bergerak selari dengan bangakitnye masalah.
Kalau nak kaya berniagalah,barulah rezeki takkan ada hadnya.
Dari Migdam r.a dari Rasullullah s.a.w 'Tidak ada makanan yang dimakan oleh seseorang sekali-kali tidak,yang lebih baik daripada memakan makan hasil daripada usaha tangannya sendiri.Sesungguhnya Nabi ALLAH Daud a.s makan dari hasil usaha tangan baginda sendiri'.
Nak jadi kuat memang kene kuat.
Sekalia ita berada ditempat yang salah peluang untuk kita kembali semula ketempat yang betul selalunya payah.
Setiap musibah adalah juga hikmah.
Rezeki sentiasa mengikut orang yang berusaha.
Orang yang ada pengalam teruk dia akan selamba dengan cabaran yang tak begitu teruk,sedangkan orang yang tak pernah kene cabaran teruk sentiasa anggap cabaran adalah teruk.
Pekerja yang culas tak akan selamat,tapi majikan yang culas pun tak kurang selamat.
Kalau nak bina semangat,bina di hati,kalau nak bina motivadi bina di hati.Di hati lebih kekal,lebih power,tapi kalau bina di otak selalu keliru,selalu terburu-buru,selalu jadi debu sampai jadi tak tahu gitu.
Janagn hairan deengan orang yang memulakan sesuatu,tapi hairanlah dengan orang yang dapat mengekalkan sesuatu.
Kadang-kadang nak pandai bukan universiti isunya,t api kesungguhan sekolahnya.
Anda bagus,dunia akan jadi bagus.Anda tak bagus,dunia turut jadi tak bagus.
Dengan membesarkan TUHAN,akan kecillah penyakit.
Moga-moga penyakit dan kesakitan menjadi sebab kita semakin dikasihi ALLAH.
Perasaan bagus sentiasa lebih bagusdari rasa diri itu langsung tak bagus.
Yang penting kualiti kerjanya,bukan orangnya.
Harapa cantik sahaja,kerja bodoh tak ada maknanya.Harap lawa sahaja tapi malas,lebih tak bermakna.
Kita selalunya tak kuat adalam nak memulakannya.
Kejahatan dan kemungkaran pada orang yang nak berubah dan sedar akan kewujudan TUHAN adalaha pintu pada kebaikan dan kebajikan itu.
Unggul atau tunggul,memang kadang-kadang kita sendiri yang tentukan.
Jangan risau pelanggan tak ada kalau berniaga,terutama bahan makanan,kalau sedap dan bersih orang nesti datang balik.
Dalam kepercayaan orang cina ada tiga perkara sangat agung iatu yang pertama lagit,yang kedua tanah dan yang ketiga ibu bapa.Kalau seseorang itu baik pada ibu bapanya,dia mesti baik dalam semua perkara.
Seganas-ganas penjenayah apabila disebut tentang ibunya selalu jadi lemah dantak berdaya.
Bagus-baguskan hidup,moga-moga terhidu nama yang mulia sepanjang usia,bila dah tiada pun dikenang-kenang manusia.
Apakah maknanya kalau masih hidup pun asik didoakan pergi oleh orang.
Percayalah orang yang didoakan pergi pastinya orang yang berbuat salah pada orang lain.
Semua benda boleh jadi meskipun mustahil dengan syarat diusahakan.
Jika anda mengusahakan sesuatu hari ini yang rasanya mustahil,boleh jadi tidak mustahil jadinya kalaua diteruskan,diteruskan,diteruskan.
Mustahil ada orabpng boleh jalan kaki mengelilingi dunia,tapi ka
Au diusahakan sikit-sikit,mestipun selangkah dua sehari,selagi panjang umur dan sihat akhirnya sampai juga.
Rasullulah s.a.w bersabda 'Orang mukmin yang lebih kuat berada di sisi ALLAH,dan lebih dikasihi daripada oarng mukmin yang lemah,sedangka setiap seseorang itu mempunyai kelebiha(imannya) oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu,serta hendaklah meminta pertolongan kepada ALLAH dan janganlah engkau bersikap segan dan malas,dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu,maka janganlah engkau berkata,'kalaulah aku lakukan itu ini,tentulah akan terjadi begitu begini',tetapi katakan'ALLAH telah ditakdirkan dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksananNYA IA lakukan kerana perkataan 'kalau'itu menbuka jalan kepada hasutan syaitan' (riwayat muslim)
Moga-moga kita semua panjang usia untuk menterjemahkan kehidupan didunia yang singkat ini sebagai prakecermelangan sebelum nanti betul-betul cemerlang dikehidupan yang lebih jauh lebih utama dan kekal abadi.
Biar jadi unggul,jangan jadi tunggul.
Jangan teruja oleh dari mana mereka datang,tipi apakah mereka itua bawaan malaikat atau bawaan syaitan.
Tidur memang satu aktiviti manusia yang mesti,tapi aktiviti manusia yang mesti tak semestinya tidur.
Seorang pakar melihat tak sama dengan orang yang tak pakar melihat.

Bila waktu terhenti

Bagaimana kau merasa bangga
Akan dunia yang sementara
Bagaimanakah bila semua
Hilang dan pergi meninggalkan dirimu
Bagaimanakah bila saatnya
Ktu terhenti tak kau sedari
Masih adakahkah jalan bagimu
Untuk kembali mungulangi masa lalu
Dunia dipenuhi dengan hiasan
Semua dan segala yang ada akan kembali padanya
Bila waktu telah memanggil
Teman sejati hanya amal
Bila waktu telah trhenti
Teman sejati tinggallah sepi




(opic)

Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila mengililingi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyeurnaannya
ALLAH mengilhamkam sumber kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikan
Merugi bagi yang mengotorinya

Selasa, Julai 19, 2011

TV BeRSuiS,BaDan PuN BeRSuiS

Suis hati bertindak sebagaimana barang-barang elektrik bertindak.Kalau suis bersambung pada kipas,kipas akan berpusing,kalau disambungkan pada lampu,lampu akan menyala,kalau pada radio,radio pula berbunyi.
Jadi hati yang tidak diberikan hasrat,sasaran,kehendak,kemahuan,azam,target dan cita-cita hati akan buat ikut dia saja.Bukankah dalam islam ade disebut,dalam diri manusia ade seketul daging,kalau baik daging itu,maka baiklah seluruh tubuhnya,kalau jahat daging itu,jahatlah seluruhnya.Katahuailah kamu bahawa ia adalah hati.
Sitasi kedua,bangun sahaja dari tidur dia tak menyumpa-nyumpah seperti yang tertulis sebelumn ini.sebaliknya dia terus mandi,terus bersiap-siap dan akhirnya pergi kerja ataupun sekolah.Tapi ada yang kurang.
Yang kurang dia tak solat subuh.Solat selain wajib ia fardu ain.Psikologinya ia adalah satu rangkuman gerak hati yang dibuktikan melalui gerak tubuh.Bagaimana rupa hati terpancar melalui tindakan dan tingkah laku.Orang cemerlang,orang hebat,secara hakiki adalah mereka yang tidak melalikan suruhan itu.Sebat,sehebat mana pun seseorang itu dia tetap memerlukan pergantungan dan pergantungan yang terbaik ialah ALLAH dan cara hendak tunjukkan pergantungan itu ialah solat.
Jadi,oarang yang bangaun tidur debgan meletakkan kata-kata positif dalam dirinya,kemudian diiringi dengan solat,dia telah membantu dirinya dinilai,diperhati dan disayangi oleh ALLAH.
'TUNJUKKANLAH KAMI JALAN YANG LURUS,JALAN YANG TELAH ENGKAU ANUGERAHI NIKMAT BUKAN JALAN YANG MEREKA YANG ENGKAU MURKAI DAN BUKAN PULA JALAN ORANG YANG SESAT'.
KELEBIHA BURUNG PADA KEPAKNYA,KELEBIHAN GAJAH PULA PADA KEKUATANNYA DEN KELEBIHAN MANUSIA PADA AKALNYA.

MuLaKaN HaRi DeNGaN CeRia.....

Ceria dan bahagia banyak berkait soal hati.Bahkan boleh dikatan ceria dan bahagia memang bermula dari situ.Kalau hati gelisa,resah,susah hati,tak puas hati,sakit hati dan dengki hati ceria serta bahagia akan tercabut dari diri kita.
Kita harus menceriakan dan membahagiakan hati kita sendiri,setiap hari bermula setiap pagi.Disiti la suisnya.Hati kita hak kita.Hanay kita yang tahu situasi apa ia berada dan kehala mana kita hendak membawa ia.
Ketika anda bangun tidor,apa perkataan pertama yang muncul dalam hati anda?Ada tiga situasi.Situasi yang pertama:
Oarang yang bangun tidor dan hatinya berkata'Alamak,hari isnin hari ni.Malsnya aku nak pergi kerja.Bencinya aku nak pergi kerja.Menyampahnya aku.
InsyaAllah oarang yang begini tak ceria dan tak bahagia seoanjang hari.pagi-pagi,banagun tidur dah sebut tak suka pada hari itu,nak ceria apa?Iti ibarat meletakkan satu gap atau sempadan atau had kepada hati bertindak bebas,cerdas dan cergas.
Hati sentiasa berkomunikasi dengan minda.Apa yang terlintas dihati,serta merta tersalur ke minda,secara automatik.Minda oula akan bertindak mengikut suara hati ataupun arahan hati.Hati berkata 'Malasnya nak keje hari ni,malasnya nak sekolah kari ni,bencinya aku pada si anu,menyampahnya aku pada dia,minda akan menyetujuinya.Sebab hati adalah raja diri manakala minda permasurinya.Apa kata raja permaisuri terpaksa akur.
Jadi,untuk menjadikan hati kita ceria dan bahagia,sentiasa mulakan hari kita dengan ceria juga.Apa salah katakan dalam hati'Wah,hati isnin hari ni,peluang aku untuk tunjukkan kecermelangan terbuka lagi.Peluang untuk aku tunjukkan kehebatan aku terbentang lagi.Aku akan gunakan hari ini sebaik-baiknya.'
BERTAMBAH LUAS AKAL,BERTAMBAH KUASLAH HIDUP,BERTAMBAH DATANGLAH BAHAGIA.BERTAMBAH SEMPI AKAL,BERTAMBAH SEMPIT PULA HIDUP,BERTAMBAH DATANGLAH CELAKA.

JuRuNaSiHaT

Orang itu mestilah seoranga yang tidak begitu rapat dengan kita.Dia bukan kawan karib,dia bukan kawan sembang,bahkan dia belum pernah minum-minum denagn kita diwaru g-warung,tapi kita kenak dia dan dia kenal kita.Istilah sekarang kenal gitu-gitu.
Kenal gitu-gitu ialah kenal yang tak sampai meninggalkan rasa mesra.Mungkin kita pernak berbual-bual deengan dia tapi perbualanmkita tak melalut hingga bercakap yang bukan-bukan.
Orang ini layak menjadi mentor kita atau layak menjadi cermin bernyawa keoada kita.Kita boelh dapatkan nasihat daripadanya dan tanya apa pendapatnya tentang kita.InsyaALLAH,orang seperti ini akan menjelaskannya denagn jujur.Sebab apa?Sebab dia tak ada apa-apa kepentingan dengan kita.Kita oun bukan rapat sangat dengan dia sehingga boleh diistikahka sebabagi kawan karib atau akrab.Sekadar kenal,maka pendapat yang diberikannya akepada kita adalah pe dapat yang jujur,benar dan ikhlas.
Sewaktu hendak bertanya atau mengambil seseorang untuk menjadi mentor atau cmin bernya kita ini,mestilah buakan direstoren ataupun warung kopi.Kalau kita sembang sambil minum,kita pula yang bayar minuman itu,ada kemungkinan orang itu akan merasa segan dan serba salah deengan kita untuk mengatakan pendapatnya yang sebenar tentang kita.Takut-takut dia banyak puji kita sebab nak ambil hati kita lantaran kita yang ajak dia minum lantaran membayar harga minuman.
Kesimpulannya mentor atau cermin bernya untuk menyuluh hidup kita ini mestilah:-
-Bukan rakan akrab,tapi sekadar kenal.
-Belum pernah menjadi rakan sembang.
-Terrpancar ciri-ciri keikhlasaan diwajahnya.
Ambillah massa untuk mencarinya,kerana sekali anda mendapatbya,anda ibarat menemui sebutir mutiara di padang pasir yang halus.
TUJUAN MEMBERBAIKI AKHLAK IALAH UNTUK MEMBERSIHKAN KALBU DARI KOTORAN-KOTORAN HAWA NAFSU DAN AMARAH HINGGA JERNIH BAGAIKAN CERMIN YANG DAPAT MENERIMA CAHAYA DARI ALLAH.

CARI TEMAN SEBAGAI CERMIN

Selain cermin matidirumah kita tu,kita oerlukan cermin hidup untuk melihat wajah kita,untuk melihat siapa kita,untuk melihat wajah kita,untuk menilai siaoa kita.Cermin hidup adalah insan yang kita yakini,yang boleh memberikan jawaoan atu gambaran siapa kita,apa kita,bagaimana kita di khalayak sebenarnya.
Cermin mati hanya mampu memberikan gambaran wajah kita yang sebenar.Kalau kita dde tahi lalat,cermin mati akan menunjukakan kita ada tahi lalat,tapi kalau kita ade sifat buruk di sebalik wajah yang yang cantik ataupun yang hensome itu,bolehkah cermin mati beritahu kita?Jawapannya tidak.
Sebab itu kita oerlukan cermin hidup,iatu seseorang yang boleh membicarakan tentang kita,perangai kita,sifat buruk kita,tindakan-tindakan bodoh atau sifat terburu-buru kita,sifat panas baran kita,kaki mencerca kita,mengumpat kita dan macam-macam lagi sifat mazmumah.
Kita perlukan seseorang yang selesa membicarakan hal kita kepada diri kita sendiri,tanpa ragu-ragu,tanpa takut-takut,tanpa was-was,bahawa kita akan menolak dia.Maknaknya cermin hidup ini seorang yang amat jujur,baik berhemah,tapi tidak begitu rapat dengan kita,namun kita yakin dia boleh memberikan pendapatnya tentang kita kepada diri kita.
Inilah watak cermin hati kita,cermin yang boleh bercakap dan tidak sekadar menunjukkan bagainmana wajah kita,bagaimana hidung kita,bagaimana biji mata kita,tapi memberitahu kita kebih jauh daripada itu.Cermin hidup kita ini akan memberitahu kita secara jujur siapa kita sebenarnya.Dia akan memberitahu kita bagaimana hati kita.Kalau sebelum ini hati besar kita selalu bercakao besar tentang diri kita.dan hati kecil selalunya kalah,cmin hidup boleh membantu membelai hati kecil sebab hati kecil selalunya lebih jujur.
"CARILAH SERIBU SAHABAT,KERANA SERIBU SAHAJA ITU BELUMLAH BANAYAK,JAHUILAH SESEORANG MUSUH,KERANA SEORANG MUSUH ITUSUDAH TERLALU BANYAK"
(dr hmtuah)

Kita ni okey ke?

Malas adalah musuh uta ma manusia untuk bergerak maju.Apakah anda malas @ seorang pemalas?Jika ya,pastikan anda buang sifat itu,sebab seorang yang pemalas tidak mungkin seorang yang berjaya dalam hidupnye.
Nah sekarang renung diri anda sendiri.Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri,'Aku ok ke'?
Kalau tak penah tanya,ape kata tanyalah diri anda sekarang;'Aku ni ok ke pada pandangan mata aku dan pada pandangan mata ornang lain?'
Yang penting sekali pada pandangan mata aku,mata sendiri.Pada oandangan orang mungkin kita ok.Siapa berani kata kita tak ok.Maklumlah orng tak selamanya bersama kita.Kalau ditempat kerja paling lama kita berssama orang lain sektar 8-9 jam.Dirumah pun lebih kurang masanya kecuali kita bercuti.Dirumah kita mungkin kelihatan ok.Tapi sebenarnya kita ni ok @ tak ok,kita seja yang tahu.
pernahkah kita tanya diri kita sendiri dan jawao sendiri?Jawap dengan hatu kecil.Ingat kita ade dua hati; satu hati kecil dan satua lagi hati besar.Yang selalu membohongi kita iyalah hatia besar kita.Yang cakap besar,parsaan membesar-besarkan diri itu datangnya dari hati besar,yang selalu mengeluh dan menyatakan keadaan kita yang sebenar itu datangnya dari hati yang kecil.
Bila orang puji kita.kita pun kembang,itu hati besar yang berbangga.Kadang-kadang aorng Puji kita sebab nak bodek kita saja,sebab itu kadang-kadang kita terfikir:'Eh,betul ke dia puji aku ni'.Ikhalas ke dia tu,sebab aku ni tak la ok sangat seperti yang dikatankannya tu'.Pertanyaan ini datangnya dari hati kecil.
Jadi.mari sama-sama kita tanya diri kata sendiri,'Kita ni ok ke?' dan kita jawao sendiri dengan hati keci,hatia yang jujur dan ikhlas.
Jawapan anda boleh mentukan apakah langkah-langkah anda selanjutnya.Apakah apositif atau negetif.Apakah sepenuh yakin atau sekadar melepas 'dehem' di halkum.Semuanya anda sendiri yang menentukan.
"BERMUAFAKATLAH DENAGN DIRI ANDA SENDIRI SEBAGAIMANA ANDA BERMUAFAKAT DENAGN KAWAN TAKKALA ANDA HENDAK MENTUKAN HALA TUJUAN"....